Thursday, September 27, 2012

Bawal Fashion

Ada satu malam itu, kami ada "Chatime" di bilik Kinat dengan air teh yang diambil dari bilik kak reen. oh sedap air teh itu! perlu pergi ambil lagi Kinat. 

lepas tu, pergi makan buah delima yang manis yang beli dekat C-Mart Arau. oh sweetnya~ 

lepas itu, ada dua orang datang bertandang. Mila dan Kak Dayah. 

dan tetiba datang idea ini dan itu. 

oh! perlu tahu. semua nama yang digunakan bukan nama sebenar.

Ahli yang terlibat dalam menjayakan program ini:
Mak Andam: Mila dan Kak Dayah
Model: Kinat
Pengkritik: Semah
Fotographer: Pika pi pikachu~ (sms masuk)

 Gaya #1: klasik. ye, ikat belakang macam dulu kala, ia mengamit memori lama :P

 Gaya #2: inspirasi gaya #1, tapi ada sedikit modifikasi :) 

 Gaya #3: sama ada sanggul dibelakang :D

Gaya #4: Gaya bow tie. boleh pakai di acara rasmi dan majlis formal

  Gaya #5: Najwa latip ke? dan sedikit sopan.

 Gaya #6: Gaya muslimah.

Gaya #7: Turun sawah

Tudung yang digunakan adalah bawal 3 tone sahaja. :) kecuali yang gaya #7. selamat mencuba!

oh. model kami memang macam tu. 

malam tu sakit perut sebab gelak. dan harap blog entry ni akan kekal, boleh anak dan cucu kinat ni tengok! :D menarik tak? :P

No comments: