Thursday, September 27, 2012

Bawal Fashion

Ada satu malam itu, kami ada "Chatime" di bilik Kinat dengan air teh yang diambil dari bilik kak reen. oh sedap air teh itu! perlu pergi ambil lagi Kinat. 

lepas tu, pergi makan buah delima yang manis yang beli dekat C-Mart Arau. oh sweetnya~ 

lepas itu, ada dua orang datang bertandang. Mila dan Kak Dayah. 

dan tetiba datang idea ini dan itu. 

oh! perlu tahu. semua nama yang digunakan bukan nama sebenar.

Ahli yang terlibat dalam menjayakan program ini:
Mak Andam: Mila dan Kak Dayah
Model: Kinat
Pengkritik: Semah
Fotographer: Pika pi pikachu~ (sms masuk)

 Gaya #1: klasik. ye, ikat belakang macam dulu kala, ia mengamit memori lama :P

 Gaya #2: inspirasi gaya #1, tapi ada sedikit modifikasi :) 

 Gaya #3: sama ada sanggul dibelakang :D

Gaya #4: Gaya bow tie. boleh pakai di acara rasmi dan majlis formal

  Gaya #5: Najwa latip ke? dan sedikit sopan.

 Gaya #6: Gaya muslimah.

Gaya #7: Turun sawah

Tudung yang digunakan adalah bawal 3 tone sahaja. :) kecuali yang gaya #7. selamat mencuba!

oh. model kami memang macam tu. 

malam tu sakit perut sebab gelak. dan harap blog entry ni akan kekal, boleh anak dan cucu kinat ni tengok! :D menarik tak? :P

Wednesday, September 26, 2012

SIFE

This update is about SIFE but a few pictures only! :D


Gotong-royong at SIFE lot. seriously tonnes of stuffs. from 7.30 until 9.45 like that. whoa! busuk wei! bhahahaa! 


and then, the recruitment drive and also the Hope Day booth. Spent my time to organise this!


 SIFE Information Day (SID) it was FUN! seriously fun. and I'm super friendly.:O

and, this is one of the juniors came over to our booth and look! MIAO BAG!!! anyone knows where to get this? super cute wei!

that's all. bye!

Tuesday, September 25, 2012

Hari Malaysia

Ok, memang lambat gila update. tapi ni adalah sambutan Hari Malaysia + Merdeka diperingkat Universiti Utara Malaysia :)
Kali ni, kiteorg punye seat, tempat VIP punya. sebelah dengan VIP je :) 

Memang setiap kali sambutan, kiteorg akan pergi. tapi tak duduk sekali dengan DPP punya tempat duduk, dan tak pakai baju DPP. :) 

Fikirkan lagi, bila lagi nak pergi kan? dah grad nanti, dah takde event macam ni dah nak pergi... 

so, gambar-gambar. :)






Macam biasa diakhiri dengan bunga api. :)
biasa je, tak menarik sangat. last time punye perasmian ape tah best gila. 
suka yang performance laser. 
ok. 

ni nak upload lagi gambar. tapi akan buat scheduled post! :D
sebab busy gila. bye!

Friday, September 21, 2012

Sneak Peek


Supposed to be studying tapi sebab error tunggu liquid kering. bhahaa!
selalu macam tu!


yes, this is sneak peek of my clothes dalam cupboard! hey! first time kay! bukan first time sangat, time diploma dulu ada sneak peek jugak. itu disaster punya!



yang baju bertimbun belah kiri anda ialah baju lengan panjang. Boleh nampak dekat sini, baju lengan panjang hampir semua baju berwarna gelap. saya memang begitu.

yang bertimbun di sebelah kanan anda pula baju lengan pendek/baju tidur/baju bilik. oh! yang SIFE tu baju SIFE la ye. bukan baju tidur. bhahaha! dan baju DPP, dan baju event segala. 

rasanya balik cuti nanti boleh hantar sikit balik sebab ada yang tak guna pun =.='' 

untuk mengekalkan rupa baju-baju ini sangatlah sukar. tapi dah hampir sebulan rupa yang atas sekali ni macam ni, rasa bangga sekejap. sebenarnya shelf bawah dia teruk sangat. tak sanggup nak tunjuk. tunjuk yang lawa je. agak lawa lah. sebab amek baju dekat bawah dia jadi macam teruk sikit. hehehe. maaf. 

tengah berusaha lah ni. takde masa lah. :(

there's story I should update, but I don't have time.

Tuesday, September 11, 2012

Monday, September 10, 2012

First day

hahaha. 
yes, first day of class for this semester. :)
semalam lah. cerita basi ni.

memandangkan cuti tak buat ape langsung. ada sedikit rasa kesal sebab tak exercise, sebab dah gemok sangat, dan penat pergi class dia bukan main. bhahahaa! 

class semester ni semua pagi kul 8. tahniah! yang best dia takde class petang! :D

semestinya junior penuh campus, merata-rata. cari class dan tengok map. Good Luck lah junior.

first day of class dah ada assignment untuk next class. Menarik tak? Sem ni banyak amek class yang berkaitan dengan Insurance. kena refresh balik my memory! 

setakat ni boleh lagi malam-malam pergi beraya bilik rakan-rakan, makan kuih raya kawan-kawan! oh! sedap! :D

tapi dengan scenery dan udara yang nyaman, saya kembali tenang di kampus :D

Saturday, September 8, 2012

Movie time!

While watching The Lorax,
here I found a dialog;

"It's a girl isn't it"
"pppfffttt!!! WHHHAATTT??!!! no"
"really? 'coz when a guys does something stupid once, well, because he is a guy but if he does a same stupid thing twice that usually to impress some girl."

Thursday, September 6, 2012

Selamat Hari Jadi! :D

AMARAN: KALAU AGAK-AGAK RASA MUAL DAN RASA NAK MUNTAH SILA TUTUP BLOG INI SERTA-MERTA. 

bahaya untuk kesihatan anda.


Hari ni, hari jadi pakcik. Err. tak payah bubuh nama dekat blog. kang mak bapak dia jumpa kang (macam kes abang i) malu la malu tahu tidak? takut kang taktau wish birthday ni dekat siapa. Nah gambar pakcik tu. :D

gambar latest tau. gambar raya. :P

Kenapa? hehehe. Sebab takde hadiah. sebab takde hadiah, kena dan wajib buat blog post ni. 

Apa nak type ni? Errr.. Errr.. Err......
Ha, kita start dari kawan yang selalu sangat gaduh. Sangat suka gaduh. Gaduh bukan takat sikit-sikit. Pergh! menakutkan. ye. sangat. dari semester 1 sampai sekarang pun. bhahaha. Kan ada dengar orang cakap, yang selalu sangat gaduh tu la yang melekat. (T__T) ye. apparently this works on me. 

lepas tu pulak kes prank pulak (T__T) tak perlu nak ungkit lagi. dah terjadi dan jauh ke dalam perjalanan dia. ye. belum masuk setahun pun lagi. ye. senyap. yang dah berpuluh-puluh tahun tu senyap. yang dah kahwin pun senyap!

dah la orang buatkan pensil box pergi hilangkan! =.='' 

nanti usahakan minat terhadap kucing ye. :P

Akhir sekali, (sebab dah taktau nak letak ape



SELAMAT HARI JADI YANG KE-23. PAKCIK!
<3 b="b">



ye. saya adalah girlprend yang paling teruk. maaf.

Monday, September 3, 2012

Si Kucing Lulu

Sebelum ni ada buat blog post untuk si kucing Megat. (arwah) 

"Hai. Saya Puteri / Lulu"

kali nak buat blog post untuk Si Kucing Lulu. Orang dekat rumah panggil dia Puteri. Saya panggil dia Lulu. Err.. Umur? entah taktau. sebab saya jarang balik rumah dan jarang menatap muka budak ni. dia rajin merayap di luar. =.='' 

Betapa tak muat dia duduk atas kerusi. 

dia ni tak manja sangat. dia jarang berbunyi. dia suka bakul. suka cicak dan lipas. dia tak suka tidur dengan orang. dia rasa rimas kot. kucing ni kakak saya kutip dekat guard house. dah bawak pergi spay. dan dia ni degil sikit. 

selain dari itu, saya perasan si kucing lulu ni rajin buat prank dekat saya. (T__T)

Situasi #1:
Saya tengah baring atas carpet. dia pun naik atas. nampak saya. dia bulatkan mata, dia jalan pelahan-lahan naikkan punggung, kembangkan ekor, buat macam nak attack saya. Lama sikit, bila mama tegur ; "Puteri, kenapa tu?!" Maka, si kucing pun buat macam takde pape berlaku. Saje nak kenakan si Piqah ni. =.='''

Situasi #2:
Bila si kucing lulu ni nampak si Piqah ni tidur dengan nyenyaknye. situasi mesti takde orang. lepas tu mengiao sekuat hati. banyak kali sampai mata si Piqah ni bukak! kalau dia kata; "nak ape lulu?" mengiao jugak! tak payah benti. tapi bila si Piqah bukak mata, senyap dan tenung je si Piqah tu. bila si Piqah tu tidur balik. Tunggu dia nyenyak start la mengiao kuat-kuat sampai si Piqah ni bangun. dia bukak mata, buat taktau je. 

Situasi #3:
kalau rajin main gigit betis si Piqah. tapi tak berani nanti kena marah. Ini jarang buat. :D


suka baring macam ni, nak mintak attention.

posing macam ni pun nampak comel kan? itu tips dia =^_^=

Kalau nak jilat badan kena bersandar. tak sampai.