Monday, March 31, 2014

Persoalan.

biar pun blog ni di-update sebulan sekali or sekali dalam dua bulan or dalam beberapa tahun pun. ada orang baca ke tak ke. biar. nanti rajin, baca balik le blog ni. 

pagi bangun sarapan. cuba teka sarapan apa! okay bye! hahaha.
tengok cerita Upin Ipin, kebetulan tak pernah tengok episode tu lagi. tapi dah lama terfikir pasal ni. Isu dalam fikiran berkaitan dengan Kak Ros. (tadi punya episode kak ros tu macam pelik).

Kak Ros adalah pelajar sekolah menengah. Adik kembar dia pergi tadika. Parents dia dah meninggal. Tinggal dengan opah dia. so, persoalan, dalam situasi macam tu, pelik kenapa kak ros bukan orang yang matang. mungkin untuk menceriakan plot ke tak sure. tapi pelik. jarak umur yang sangat jauh, kak ros macam budak2 tak berapa nak matang dengan adik-adik dia. Kalau apa-apa jadi dekat opah? 

Memang, Kak Ros nampak sayang adik dia. tapi cara dia macam tadi, opah bagi dia hadiah, dia halau adik-adik dia kata itu dia punya. tak macam... ??? entah. macam tak puas hati dengan karakter Kak Ros tu for no reason. bhahaha! 

tapi, persoalan lagi satu. Apa itu matang? haaaa! dah dari satu isu ke satu isu! hahahaha! google jap apa jawapan dia. okay, takde jawapan yang menarik. Matang itu boring? hehehe. Matang itu penting ke? siapa boleh mengaku dia matang? 

ok. kepala dah berasap nih. hahaha. bye! 

1 comment:

Ummul said...

Sincerely, kita pun tak suka kak ros. Hahahahaha..