Friday, November 23, 2012

Kampus dalam hutan

eh. kembali lagi dengan update pasal kampus,

nak tau kenapa best kampus dalam hutan?


Padang Golf, UUM

macam-macam! mari kita selami dan mungkin akan mengubah persepsi anda! :)

1. Penuh dengan kehijauan
kalau berasal dari bandar, penuh dengan bangunan dan kereta. dekat sini, penuh dengan kehijauan dan tenang sahaja. tak banyak kereta dan udara lebih segar! setiap balik KL, mesti rasa rimas dan sesak! :\
ini permandangan setiap hari :) yang atas itu di kelas dan yang bawah itu dekat tasik, memang setiap hari berjalan ke kelas lalu tasik :)


2. Zoo
Kampus ni di ibaratkan zoo yang live zoo punya! semua binatang berada di luar sangkar! dan sendiri perlu explore! :) Free entrance! ada macam-macam! serious! dengan helang, burung kiwi, serangga pelik-pelik, monyet, kala jengking, biawak air, musang, kucing, lotong, beruk, kera, ular hitam, ular daun, rusa, lembu dan bermacam-macam lagi untuk discover!

[ikut turutan] ulat ape tah, rusa, biawak, dengan ulat bulu yang gebu! ular dengan kala jengking lupa nak masukkan. 

3. Cuaca Sejuk.
cuaca disini tengok musim, kalau hujan sejuk! kalau panas memang panas sangat, tapi kalau duduk indoor tak panas mane pun. pagi-pagi ada kabus udara memang nyaman je! Embun berada di mana-mana! :D kurang bau asap dan asap rokok! :)

4. Malam tengok langit! 
I love skies, especially yang banyak gila bintang, saya ingat waktu form 4 kot dekat Cameron Highlands, waktu tu blackout tapi boleh nampak banyak sangat bintang! sangat teruja! sangat lawa! and ada sekali jumpa dekat UiTM Segamat dekat Masjid tu. dekat sini setiap hari kalau tak mendung or hujan boleh nampak! last time ada meteor! 3 hari berturut-turut budak-budak tunggu meteor! mungkin patut buat course astronomi dekat sini, boleh kaji buruj. :P


5. Merayap!
dekat sini banyak tempat perlancongan! dan makan sedap-sedap. banyak tempat kalau nak melawat semata-mata or shopping! selain dari gambar-gambar di bawah, ada Wang Kelian (Thailand), Padang Besar (Perlis), Sg. Sedim (Kulim, Kedah), Gunung Jerai (Kedah), Ladang Anggur (Kedah), Ladang Tebu (Perlis), Taman Ular (Perlis), Langkawi!


Tasik Melati, Perlis
Empangan Timah Tasoh, Perlis

Puncak on the way ke Wang Kelian, Perlis
Kuala Perlis

6. Murah
barang nak shopping murah. kasut kelas tu rm15 dan tahan 2 sem. tapi dia macam dah tenat. tapi takpe! selesa! :) makanan pun murah. kuey tiao tomyam RM3 :9 sedap pun sedap! :) kalau nak lagi murah pergi PERLIS! :O

7. Balik rumah
ada banyak cara nak pulang ke rumah..train, bas. dan paling best boleh naik flight ye! memang mengambil masa yang lama. tapi dapat spend time dengan kawan-kawan. sangat best dari setiap minggu mama dan papa amek. sebab dulu kejap dekat Shah Alam. hohoooo. dan cenderung untuk bergantung dengan ibu bapa sebab dekat dan alasan parents untuk balik sendiri adalah bahaya. =.=''' kalau dah duduk jauh, jadi no choice. :P


Flight
Train.

inilah tiap-tiap hari, lalu dekat jalan ni;
ye. memang hijau. tapi aman sangat. kalau ada celebration pape takde riuh rendah macam dekat rumah.

 sate ikan! :) 50 sen secucuk :9

No comments: