Tuesday, July 13, 2010

Similarity and Difference


Entah sejak kebelakangan ni asyik tersasul "Shah Alam" jadi "Segamat"..
Setakat ni ada nampak persamaaan dan perbezaaan antara dua dua tempat ni.
Kita start dengan persamaaan;

PERSAMAAN ANTARA CAMPUS SEGAMAT DAN SHAH ALAM
1. Monyet. Siapa kata kat Shah Alam takde monyet? ada tau! Kalau tak caya tnye Murni. Dia pun nampak monyet tu berlari-lari atas pagar kat mane tah. Dah lupa. Bukan Segamat je ada monyet, kat Shah Alam pun ada....Cuma Shah Alam takde pulak Babi macam kat belakang Zamrud tu. =D

2. Class semua ada Air-Cond. Samalah dengan campus Segamat kan? Ada air-cond gak, cuma takde remote control kalau dah rasa sejuk macam dalam peti ais. Kalau lagi untung dapat duduk bawah air-cond tu sampai dah tak rasa tangan dah. (T_T)

3. Hantu. Cerita tak akan habis dan sentiasa ada kat mana² pun. Kes hantu² ni sentiasa ada. Samaada anda dibandar atau luar bandar. Tapi macam tak se-adventure kat Segamat; kan Azrina kan?! hahahaahahahaa~

4.Cuaca. Cuaca Shah Alam ni lebih kurang macam Segamat cuma takde kabus yang tebal bila pagi² buta. Tapi panas dia boleh tahan lah panas, tapi kat bilik sejuk je... =D



PERBEZAAN ANTARA CAMPUS SEGAMAT DAN SHAH ALAM
1. Pergi class kena naik bus. Kalau korang berhajat nak jalan ke kelas boleh; ummul dengan Sya dah try. Diaorang kata semput. hahahaa~ jauhlah. Kalau kat Segamat 10mins sebelum ke class baru bergerak! Dah pulak naik bus dia ada laluan A dan B tapi hari tu baru tau ada laluan D! hahahaaa~ banyak betul nak kena explore.

2. Isnin dan Jumaat tak pakai baju kurung pun takpe?!. Kalau kat Segamat, mesti ada pakcik guard jaga kat semua tempat nak saman budak; selipar lah, baju lah, ada² aje. Tapi kat sini, diaorg tak pakai baju kurung pun takpe. Baju diaorang sangat bebas nak pakai ape. Tapi setakat ni, nak staylah dress code macam kat Segamat tu. =D
3. Class ada smpai tingkat 7! Class kat tingkat 3 tu pun tercungap² nak naik~ kat sini class dia jauh² dan still boleh sesat walaupun dah nak masuk 2 minggu kat sini.

4.Banyak sangat course yang ada. Dari segi dressing boleh tau sesetengah tu diaorg course ape. Contoh macam budak² law, diaorg pakai hitam putih... tapi ada akak law yang lawa tu!; kan Pinat kan?! hahahahaaa~

5. Unit Kesihatan. Unit Kesihatan kat sini, ada klinik pergigian kat dalam tu. kalu korang nak pegi tampal gigi ke, cabut gigi ke... boleh lah pegi Unit Kesihatan tu... hehehee~

Kalau nak sambung perbezaan, semestinya-lah banyak gila!~ tapi ni jelah nak type. =P


Walaupun Segamat tu lagi kecik dan kadang² kata lagi best dari Shah Alam, tapi I will not turn back and stuck in the past. All of those that I've been though is history and full of memories. I will never regret those things and always treasured it the most. Segamat ke Shah Alam ke the most important things are to move on and never look back on the decision you have made. =D

5 comments:

Ninja Padang Kota said...

ni yang semangat nak sambung blajar ni. ish!

Izuan said...

I knew it! You did miss Segamat!

UiTM Segamat is a small place and everything is within walking distance even though it is far away from town.

Life will definitely be tougher in Shah Alam ;)

Fiqa said...

acap> gedik. sambunglah blajar =P

Sir>> of course I'll miss Segamat. A lot of things happen. Lagipun sir. saya mana suka pegi town. hahaha~
slalu duduk dalam blik. =D

Anonymous said...

a ah. 'hantu' kat sane lagi best.

Fiqa said...

azrina> hahahaa~ kan?! baru adventure!