Thursday, March 15, 2012

Berjalan

berjalan ke kuliah. :)

ok sebenarnya takde masa nak update blog ni. tapi rasa nak update jugak. :)

dulu waktu dekat Segamat dulu memang jalan kaki ke class. tapi dalam 3-7min baru gerak sebab dekat la sangat kelas dengan bilik. bila class batal balik bilik tido! dekat macam tu dekat! bhahaha! jalan lenggang kangkung dengan kak nisa petang-petang, dalam masa setengah jam je dah abes pusing satu campus :)

duduk satu sem dekat UiTM Shah Alam. Errr... kena naik bas. kalu nak jalan kaki pun boleh tapi awal setengah jam dengan karbon monoksida yang banyak, dengan peluh nanti sampai kelas pun bau masam. pastu kalau kelas batal jangan harap nak balik bilik. Jalan ke kelas berbukit bukau.

bila dekat Sintok, dari sem 1 teringin sangat nak pergi class jalan kaki. tapi class kul 8pagi, dan waktu tu macam gelap dan seram kalau nak jalan kaki ke kelas ikut jalan tasik. nanti ada biawak! bhahaha! so, kalu abes class jalan kaki. :) sejak dari tu, saya jalan kaki ke kelas. orang akan terkejut dan membebel dekat saya pasal yuran dah bayar untuk harga bas. ye. saya tau. errr.. tapi. ada banyak kebaikan daripada keburukan :)

Kebaikan Jalan Kaki:
1. Exercise
memang badan saya dah start mengembang. bhahaa! malas betul nak exercise dekat rumah! bhahaha! jadi exercise di kampus. macam ni lah, jalan kaki :D

2. Hirup udara segar
oh! dengan hijau dengan lalang, pokok, burung, bangau... segala benda berkaitan dengan alam ada dekat hutan Sintok ni. :) SEGAR! sangat segar! pagi-pagi ke kelas selalunya takde bau asap rokok atau exzos.

3. Menikmati alam
sangat menikmati! tengok awan, tasik yg errr... burung-burung. berudu. taik musang. ikan. biawak. kera. ulat bulu. segala jenis binatang yang boleh dilihat pada waktu pagi dan dengan mata kasar! :D oh haritu petang, balik dari class terjumpa dengan ular! tapi ular tu caler hitam dan nipis rasa macam nak pegang. err.. tapi macam bahaya la pulak... hmmm..

4. kurang sakit hati
kenapa kurang sakit hati? hahahaa! siapa yang selalu naik bas tahu la. bhahahaa! bila dah tunggu bas, bila bas penuh? bila bas tu tak berhenti? bila dah sampai depan pintu, tak sempat nak naik? bila kene pijak kaki? bila kene tolak? itu semua mendatangkan sakit hati. bila dah lambat, bas tak sampai-sampai lagi? paham tak paham tak?! bahahhaa! bila jalan kaki, kurang sakit hati atau dosa memaki hamun pakcik bas dan pelajar sekeliling. kan?! :D

5. jimat masa!
kenapa saya kata jimat masa? ini saya list kan. :)
Dari Sime Darby ke library -> 10-12mins
Dari Sime Darby ke mall -> 10-12mins
Dari Sime Darby ke PKP baru dan lama -> 20mins
Dari Sime Darby ke dewan MAS, TSO ->10mins 
Dari Sime Darby ke FE -> 11-13mins
Dari Sime Darby ke DKG 1,2,3 -> 20mins
Dari Sime Darby ke DKG 5 -> 30mins
Dari Sime Darby ke DKG 6 -> 40-45 mins
Dari Sime Darby ke Petronas -> 3-5mins
Dari Sime Darby ke Kachi -> satu hari nanti akan try
Dari Sime Darby ke Masjid -> 20-25mins


tu je list setakat ini. 
*mengikut kelajuan, arah angin, kasut dan dengan siapa :)




saya selalu ke library dan pkp untuk meeting. kalau lagi best, ada 2 meeting dalam satu malam dimana saya perlu berlari untuk meeting di DPP sendiri.


oh. setiap kali tunggu bas mesti rasa; "kalau aku jalan kaki tadi, dah sampai dah =.="

No comments: