Sunday, January 29, 2012

Terbiasa.

Saya jenis senang terbiasa dengan sesuatu.

Bila dah terbiasa lepas tu jadi tak biasa. 
Pada masa tertentu, saya akan jadi biasa. 
Sama ada benda baik atau tidak. 
Saya boleh terbiasa.

Dan ada masanya, saya rasa ini adalah bodoh.
dan saya perlu belajar untuk membiasakan diri. 
dan saya akan bersungguh untuk membiasakan diri.
apa yang saya perkatakan ini? entah.
tapi ini sahaja yang keluar dari minda ini. 

Saya dan ego.

Saturday, January 28, 2012

It's time

hahaha! it's time to upload pictures and put caption below it! :D


 ye. gambar kabur. saje tunjuk baju raya :P

 First Chinese New Year :D
Err.. rasanya mama tak kasi cerita dekat blog. For those who knows me, nak tau cerita, call la :D

 lulu si kucing gedik. dia sangat suka bermain! comel gila! geram! geram! ini adalah aktiviti memancing kucing :D

 Ini tadi tolong mama buat begedil. hahaa! buat bentuk love tu saya punya, yang star tu adik punye :D

 Tadi keluar dengan kak nisa! lama gila tak jumpa! :D

 Inilah KL! (T_T) Jam je memanjang dah budak budak dekat sini sangat menakutkan. (T_T)

Luka! :D tersepit dekat payung. berdarah kuar banyak! :D
pastu terhantuk kepala. pastu ada orang langgar. oh yeah. best betul.

So, tu je kot. hahaha! nak tulis ape je lagi?
tiap-tiap hari pun tengok cerita dekat laptop. :D


blum start tanggungjawab sebagai anak untuk mengemas rumah. nanti bila adik balik UM lah. saya tukar cadar ye. :D


oh. rasanya tak payah un-pack kot. cuti kejap jeeeeee!! (T__T)

Friday, January 27, 2012

Sundays at Tiffanys

Tengok muvie adik kasi. 







Quote from the story;


I'm dying
No you are not dying, it just a broken heart,
but why it hurts so much?
It just means that you are human,


Well, literally it hurts so bad like your dying. It's true though.


Comelnya cerita ni!
lelaki dia pun comel and hot! :D
and yes I cried. I always cried watching these stories. 
and I still wonder if I do have imaginary friend :D

Tuesday, January 24, 2012

words

this entry will full of words (I guess)

so, this year we are celebrating Chinese New Year. It was fun and very joyful day :D

I'll upload the picture later.

the real thing I really want to say here is. The moment I felt that I'm so stupid for being "stupid".. I'll try hard to not be stupid. Probably I won't understand what the heck I'm talking neither do anyone of you. I'm a person full of ego. and yes. I'm being stupid. very stupid. err.. how would I say? I don't know. Need to find someone who really really understands me and have the same problem as mine.

I learn mistakes from others. I really take lesson from others' actions and consequences as part of my lesson. but this time, I think that I'll fall with the same mistake again and again. Even how hurt it would be, I'll still will do it again and again. Yes. That is really stupid. I don't know why. but I am really that stupid. Weird enough. 

well, I don't have any words to express any more. So, here. My entry. Very raw entry indeed. 

Nite Nite :D

ps: I'm addicted to "A" word that you always said to me. =.='' 

Monday, January 23, 2012

Bukit Tinggi

Entry kali ni penuh dengan gambar! :D
Semalam pegi bukit tinggi. Ada gambar pemandangan je. :D



 oh! yeah! awan :D





 ini waktu hujan. petang tu hujan. sejuk je. err.. duduk dalam air-cond. kira sejuk kan?!



 Pagi-pagi :D


duduk situ satu malam sebab bapakku kata dia takmau dengar bunyi mercun-mercun. So, lari ke bukit tinggi. tak buat pape pun, tengok TV dan makan je.. hahahaa! pastu tdo. borak-borak. :D

Ini new addition to the family. nama dia lulu/puteri/nyiao. hahahaa! saya panggil dia lulu. adik saya panggil dia nyiao. orang lain panggil dia puteri. yuck. hahahaa! geli kan? dia sangat hyper dan sangat hyper! tak manja sangat pun. tapi COMEL! dan gila! ahhahaa!
She is wishing everyone;
HAPPY CHINESE NEW YEAR! :D

ps: I'm celebrating CNY this year!!! :D

Saturday, January 21, 2012

Rumah.

Ye. saya dah balik rumah, bertolak dari Sintok singgah Ipoh melawat cousin. Melayan budak kecik nama Farah. Sangat petah bercakap. nasib baik comel. 

Hari kedua di rumah, pergi shopping clearance MPH :D

 Mereka mahu pindah level. 90% off! :D
tak boleh guna coupon.

 Banker :D


My books :D

 Midvalley

 At last! Moo Cow!! but still Tutti Frutti Cookies and Cream is my fav~!

 hehee.. mama bagi lembu makan XD

Setiap kali ada buku kucing especially murah macam ni, mesti ada orang amek dan beli! ye. kami memang obses dengan kucing! hahahaa!

Itu je kerja sepanjang hari selain dari tidur yang terkumpul selama sebulan final. :D 

and dah rindu dekat Sintok! sana sejuk! KL panas. sana takde orang isap rokok sangat! sini kalu keluar mesti ada. =.=''

Esk pegi bukit tinggi! bye! :D

Thursday, January 19, 2012

Last Paper

Last Paper pada 2.30ptg! Financial Management II!!!!

Tolong doakan soalan senang dan Afiqah dapat A! :D

Terima kasih :D

abes paper kene kemas bilik! =.='''

Tuesday, January 17, 2012

Cerita Harini.

Oh. Seperti dimaklumkan pada blog post sebelum ini, saya ada 2 paper dalam satu hari. ye. Pagi dan petang. Jawap paper sambil tidur tidur kejap. Mengantuk gila!

Paper pagi tu ok la. Alhamdulillah boleh jawap. Objektif + Struktur + Esei. Tidur lambat sebab risau sangat dengan paper pagi tak cover, sebenarnya, paper petang tu tak cover! O_o. lepas jawap paper, makan. lepas tu rehat-rehat jumpa dengan Mel Mel.  :)

oh. mungkin tak cerita dekat sini, Mel Mel terkurung dalam stor selama 3 hari! kteorg baru tau hari ke-2. kteorg pun bagi makan. tapi waktu tu office hour dah tutup. Call orang yang perlu, tak angkat pulak. (T_T). Post dekat dalam group. kene sound =.='' ye la. ape-ape lah. terima kasih tau bukakkan walaupun lambat satu hari. dan Mel mel dah dehydrated dan sangat lapar. Kerja kene ikhlas, baru disegani ramai. Tanggungjawab.

 Mel Mel terkurung, dan ye dia mengandung. Anak pertama. dia bukan anak kucing. 
dah tak ikhlas tu tak ikhlas lah. =.='''

sambung, pergi paper petang. jawap-jawap. pergh! berlubang-lubang kertas! 100 soalan objektif yang sangat mencabar! memang dah banyak salah. ye. still doakan saya nak A! (T__T) tolong la tolong! dalam perjalanan pulang ke bilik, singgah beli makan petang, jalan dengan Semah dan tiya, dah decide nak makan malam dekat mane. Sekali Kinat call, Misi ajak makan kat luar. hmmm.. ape lagi. pergi je la. heeeee~ 
Ini gambar tatapan umum! :D

dalam kereta tunggu kereta lagi satu. ini kak reen (kiri anda) :D

macam biasa. Semah (berdiri) dengan Kinat (korang semua pun tau. =.=)

eeerrr... geng baju merah. hahaa! dari kiri; (Arafah, Mal dgn Misi) :D

bermesra-mesra. alololo :D

Kak reen muka excited. hahaha!

Kami makan steamboat :D

dah 2 jam duduk situ makan. memang balik rumah kene exercise abes la nih! (T__T) misi bawak pegi tengok rumah pegawai dan VC, NC, TNC dan sebagainya. dekat atas bukit, tetiba ada perumahan yang sangat besar!!! :OO Sintok is a place full of mystery!  hahahaaa! pastu, jumpa BABI! yes! Segamat pun ada babi. sini pun ada!! weeee~~ 

dah balik, pegi beli roti teman kinat, tetiba hujan. hey! ada orang came to the rescue dengan payung! :D Terima kasih! :DDD esok study dekat library tau! eh! tidur sekarang! :P

Well, bagi saya, hidup saya sangat menarik dan saya bersyukur sangat-sangat dengan apa yang ada. errr.. ok. tak la semua sebab masih merungut itu ini. :P

NOTAKAKI! NAK KENE KAKI NI!: oh; korang jangan nak pegi mengada-gada bagitau aku masukan gambar dalam blog nih!!! Senyap je! Shauqi! Zaid! Kinat! Shhhh... Jangan bagitau orang. :D

Perlu Update...

.. Sebelum terlupa.

pada tarikh 17 Januari 2012, saya Afiqah, bakal menduduki 2 paper dalam masa satu hari! *takde ape-ape smiley* Pagi pada pukul 9, akan menduduki paper "Etika Perniagaan" dan pada sebelah petang pada pukul 2.30, akan menduduki paper "Bahasa Melayu Pengurusan".. Ye. kawan-kawan subjek yang saya amek ini memang bunyi pelik bagi pelajar UiTM terutamanya. :O

yang sedikit kekangan yang saya hadapi adalah, dua dua kertas ini dalam bahasa melayu. oh! bila dah baca dan terang kembali dalam bahasa inggeris. terima kasih UiTM. Ye, saya memang lumrahnya ada masalah dengan bahasa Melayu. (T__T). SPM dapat 5C. =.='' tak membanggakan langsung. Sastera dalam A2! :D bangga! 

oh! macam biasalah kan, nak minta restu semua orang yang singgah blog ni,

"Afiqah dapat menjawab kertas Etika Perniagaan dan Bahasa Melayu Pengurusan dengan jayanya dan mendapat A" :D

Terima kasih.
Ye, saya sangat mengharap A. :]

Sunday, January 15, 2012

Rupa-rupanya

Kenapa rajin betul update blog ni?


hahaha! taktau. 
ingatkan hari ini hari Isnin. Rupa-rupanya hari Ahad dan dekat Kedah cuti. Bilik SRR tu tak bukak air cond. =.='' 

Minggu dekat-dekat final haritu sampai sekarang, ada je benda. Adventure sungguh hidupku. Memang lepas ni boleh berlagak dengan semua orang. hahaa!

#Fact: Saya memang pendiam dengan orang yang tidak dikenali. Selalunya pada setiap masa, tapi ada masa-masa yang tidak normal, hoh! tetiba peramah. =.='' ada kes. ada. menakutkan betul.

Saturday, January 14, 2012

Harni

Singkat daripada Hari ini (belajar dari budak-budak lepak library) =.=''' 


errr.. Semalam ada slumber party! :D
tapi tidur awal. penat la! berjaga dari 4 pagi sampai ke 2.30pagi!  dah la bangun pukul 8.30 pagi, gerak ke library. hey! ryhme! pagi dan library! weeheee!!

on the way pergi library, kami terjumpa dengan amri. eh! bukan biawak. nak rhyme kan.. nama amri ke yang kuar. ok. kepala pening. post entry jadi tak betul sikit. eh. kawan kinat memang macam tu. oh! ini lah biawak tu! :D



Study punye study ada kucing nama Harni masuk bilik SRR (Smart Reading Room). SRR adalah bilik 24jam ala-ala "bilik akuarium" dekat UiTM Segamat dulu. :P err.. hari ni takde pape benda yang menarik pun berlaku selain takde mood. balik study dari library takde mood! bukan takde mood nak study. berasa depressed sebentar. entah kenapa. hahahaa!

oh. dah tau kot kenapa moody... sebab I hate myself. hahahaa! ada sebab dia. tapi.. takpelah. takde perlu tau. ahahaha! I hate myself for being like this. Chill fiqa chill. takde benda sangat pun. =.='''

Sekarang, orang sibuk kira berapa paper lagi tinggal. Saya ada 3 paper lagi! yeah! MENANG! :P hahahaa! tak kesah pun! :D

Friday, January 13, 2012

Boleh?

Boleh tak update lagi? :D
dah rajin korang jangan nak complain! hep! 


errr.. rasa nak update tapi takde topic. grrrr... 


oh tadi sidai baju dalam bilik :)

itu air dari baju menitik. Jadi tu!! :DDDD
heeeee!! macam tau tau je. =.=''' 

oh ni cerita pasal semut haritu. ada tangkap gambar dia tapi malas nak upload! :D

kes dengan semut tu. dia sibuk duduk dekat situ. kang mati kene penyek kang. so kte pun halau dia cara baik. dia marah-marah nak duduk situ jugak! =.='' tapi tak tau ape jadi dekat dia. hahahaha!


oh! kte bukan cakap dengan binatang hidup je. kte cakap dengan baju ni jugak. suro dia berusaha untuk kering =.=''


ye. saya sedikit tidak betul. well. kesian awak. ahahahaa!

Exam

heh! :D 

tidur awal bangun awal. tapi tak boleh tidur pun. Tak lena. Entah nervous semacam amek final sem ni! serious! NERVOUS GILA! macam tak pernah amek final. sedangkan dah bape kali tah! Risau risau. ke risau jadi macam QMT!?! ish! Jangan pikir... seram.

Jadi saya ada jap dari 4hb haritu sampai harini petang. nak kata tak usaha. tiap-tiap hari. sebab 17 ni ada 2 paper satu hari. tapi dua dua paper membaca. hoh! perlukan study group!

tetiba tak sabar tunggu 20hb. tapi bukan sebab balik rumah. sebab lain :)
Azrina je tau. tak bagitau sape-sape pun lagi. :D

oh! macam biasa!! :D

Doakan saya, soalan Statistic ni senang dan Afiqah dapat A :DDDD

Terima kasih! :D

Wednesday, January 11, 2012

Level of Craziness.

How crazy I am?

 ini dalam cupboard, UiTM Shah Alam. Last Day.

Mari kita mengenali saya lebih mendalam. Touring in my crazy side :)
1. Cakap dengan Semut
Ye, saya bercakap dengan semut. Rasanya dari kecik. Waktu kecik-kecik pun saya suka bercakap dengan semut. tapi tadi baru je ada semut ni sibuk duduk atas kertas, pastu bila suruh dia jalan, dia marah-marah. jalan terhuyung-hayang. ish! mabuk ke ape. :P

2. Cakap dengan Kucing
Ini rasanya bukan gila pun. Semua orang dalam rumah saya bercakap dengan kucing. Kami bercakap dekat semua binatang hidup dan juga pokok (pokok tu mak saya je, kalu rajin kita pun borak-borak dengan pokok tu). Err.. oh! kucing. kucing sangat comel. errr. ape tadi. oh! cat lover memang bercakap dengan kucing lah. tu je. ape lagi nak cakap? 

ini waktu diploma, bilik 24 jam. tu kutam yang comel. :9

3. Cakap Sorang-sorang
Oh! ini selalu sangat buat! dekat rumah ke khalayak ramai ke. dia macam best bila cakap sorang-sorang sebab macam tak perlu nak sakit hati dengan feedback orang sekeliling. cakap sorang tanya dah jawap sendiri! tak susah dah senang. hahaha! tak payah nak cakap cover-cover konon2nya nak jaga hati ke ape. tak payah. 

4. Lambai-Lambai dekat imaginary friend
Ye, salah satu hobi. kalau jalan-jalan suka sangat lambai takde sape pun dekat situ. kadang-kadang ada jugak orang dekat situ, kenal memang kenal, tapi orang tu tak perasan or malu ada orang gila lambai dekat dia, so dia buat bodo. Jadi, saya jadi orang gila lambai-lambai orang tak layan. hahaha! oh. tu dah biasa dan tak kesah dah pun. 

5. Gelak and senyum bila berjalan sorang-sorang
Ye, kalau saya jalan dekat mane-mane pun, tengok rumput pun boleh nak gelak. pijak lopak air pun nak gelak. tengok bangau pun nak gelak. tengok siput babi pun boleh gelak. bila berjalan ke kelas sorang-sorang banyak benda nak gelak. Kak Reen kata saya gelak macam hamster. Err.. Hamster gelak macam mane? Hamtaro?! 

6. High Imagination
Macam mana dengan high imagination, entah dari sape tah. tapi memang boleh nampak daun kering nampak macam lipas, benda tak bergerak pun nampak macam gerak contoh tunggul, simen dekat dinding nampak macam kucing =.='' benda ni macam tetiba pop-out dari minda! Macam-macam lah. rasanya kalau kawan-kawan ni catat ape yang kte pikir merepek-repek ni mesti dah penuh satu buku!~

diploma jugak. untuk presentation :) I wonder mane pergi baju ni. hmm :/

7. Highly Distracted - SANGAT!
Kalau kata budak-budak kecik senang distracted. oh! saya pun macam tu. Tak boleh duduk diam, kalau duduk dekat meja ni, even takde benda akan adakan benda. oh!! pelik pelik. kata nak amek benda lain, tetiba buat benda lain. sebab distracted. buahahaha! lagi distracted kalau lalu nampak ice cream. :9

8. DP huduh
Err.. baru-baru ada orang tu tegur, janganla bubuh DP huduh, sakit mata dia nak tgk. buahahaa! oh. kite rasa DP tu comel. and byk gambar macam tu dalam computer. Sebenarnya memang dah lama suka bubuh DP muka pelik-pelik. bak kata sorang member, "mane pegi DP halau hantu kau?" buahahaa! bongek. kenapa tetiba eja bongek. sebab takut salah eja bengong. hahahahaa!


Nak tau ape lagi? 

Tuesday, January 10, 2012

Dramatic Day

Err.. What should I write? ?

Besides my day is the most interesting day ever! It was so dramatic since 2.00am. Well, I guess is the risk that I'm taking. Decision that I've made. I fell too deep. Can't turn back. Can't stop. But yes. It hurt so bad. So bad. Besides, "transferring" incident which is hurtful and I've cried so hard. Yes. this is another incident. Which I would never thought that I would be this painful. And it still is. 

Things that I have to face I guess. and now, I started to think that I have issue myself. Issues with myself. As always. I always have issues with myself. 

I don't know what to think or what to do. One thing for sure. yes. it is short period of time. but, officially. I fell too deep. and I can't crawl back up. 

Monday, January 9, 2012

Day 30

Ini entry geli-geli, jadi entry ini adalah protected :P





Hint: hanya ada dua simbol. haritu ada msg! "buat dalam equation" pada 25 Disember,2011 3.23ptg :)


Ps: eh! ingat tau semua password ni! kte tak simpan and ada kemungkin tak ingat!!

Happy A Year Friendship Day!

9 Januari 2012


Pejam celik pejem celik, dah setahun kita berkenalan! :D

Nampaknya bertambah la friendship anniversary saya! :) saya ada lagi satu; setiap 3 March! :) oh. post yang gembira kena bubuh banyak smiley! :D



Ini specially untuk Batch UUM 2010/2011 Intake kedua! :D




Mula-mula masuk pusing-pusing UUM, dah dapat Deja-vu. Probably a good sign. Itu hari sebelumnya... besok harinya adalah hari pendaftaran dekat DPP MAS.... Orang yang pertama tegur kita informally, adalah Bee Foong! dia senyum waktu dekat EDC! :D orang yang kira second; Mal Pacak, kenapa saya ingat? sebab dia pakai baju biru dengan tie OREN! hahaha! dia peramah ajak borak-borak dan dia cakap dia budak marketing. dalam hati; "oh. bolehla nampak macam bdak Marketing"... 



Lepas tu, dapat rumate Husni :)

orang Penang, pekat betul slang dia.. hahaha! dia kena ulang beberapa kali sebab tak berapa nak paham mula-mula. Sekarang dah boleh sikit lah :P Husni kawan dia Aini :) pun kenal macam tu lah.

lepas tu sepanjang orientasi kenal ramai orang. :) 


Did I make a right decision? Terus terang, kalau setahun lalu berulang kembali, saya masih mahu merayu pindah ke sini. Saya sedikit pun tak rasa jeles dengan kawan-kawan yang dah nak pegi praktikal sem depan. Saya memang sangat gembira disini :D

memang sangat bersyukur kenal dengan korang semua, yes. of course memang tak semua perfect, tapi that imperfection make it so real :D

Taktau nak tulis ape lagi.
anyway! post ni memang khas untuk budak UUM SECOND INTAKE 2010/2011!!! :DDDD

Friday, January 6, 2012

TAKE ME HOME



Oh hai!!! saya aboo :)
Asal Varsity Mall UUM, Sintok Kedah. Saya ada 4 adik beradik, tapi semua dah kena amek sebab mereka lagi comel dari saya. tapi apa yang mereka taktau, yang saya lagi comel dari mereka semua!! 


Setiap petang, ada 2 atau 3 orang budak akan amek saya dekat Varsity Mall bawak balik bilik mereka sambil mintak kebenaran dari mak saya. Selain dari main, saya sangat suka tidur dekat bilik mereka. best! ada orang teman tidur sama-sama. ada kipas~ sejuk! haritu diaorg bagi makan wet food dengan sekali tu makan ayam goreng! om nom nom nom~ sedapnya~!!


Ni teman Fiqa buat kerja, tidur atas perut dia yang buncit ni. best~ saya suka tidur dekat mana-mana je yang boleh. yang penting tidur. mereka suka marah saya kata; "aboo!! nape comel sangat nih!!!!"... errr... apa kan daya. I'm born this way! saya tak rasa pun saya comel. ada satu haritu, saya jumpa dengan Mel Mel, garang betul dia! dia marah saya??!! hmm.. baru je nak buat kawan. comel gila akak Mel Mel tu. :))) nak buat akak angkat lah.

Oh! anda mesti tertanya-tanya kenapa saya duduk dalam beg? saya malulah orang dukung bawak balik kolej mereka, saya lagi suka duduk dalam beg. tiap2 hari inilah rutin saya! duduk dalam beg nanti tetiba dah sampai rumah! dan tetiba sampai bilik mereka! best! macam buaian. :) 
Tolonglah bawak saya balik rumah anda! mereka duduk jauh sangat nak bawak balik saya. saya suka bermain lompat-lompat dah tidur. saya warna kelabu dan ekor panjang. kan best kalau ada orang bawak saya balik rumah. jadi ahli keluarga baru! :') nanti tak lama lagi mak saya tak nak saya dah. sebab ada baby baru pulak. saya dah takde adik beradik.... Ambillah saya balik rumah anda~~~ :\

saya suka duduk dalam beg. best~ selain tidur main dengan daun pun boleh~ oh lupa nak bagitau. saya jantan :D



Yang Benar,
Aboo
=^_^=