Wednesday, January 11, 2012

Level of Craziness.

How crazy I am?

 ini dalam cupboard, UiTM Shah Alam. Last Day.

Mari kita mengenali saya lebih mendalam. Touring in my crazy side :)
1. Cakap dengan Semut
Ye, saya bercakap dengan semut. Rasanya dari kecik. Waktu kecik-kecik pun saya suka bercakap dengan semut. tapi tadi baru je ada semut ni sibuk duduk atas kertas, pastu bila suruh dia jalan, dia marah-marah. jalan terhuyung-hayang. ish! mabuk ke ape. :P

2. Cakap dengan Kucing
Ini rasanya bukan gila pun. Semua orang dalam rumah saya bercakap dengan kucing. Kami bercakap dekat semua binatang hidup dan juga pokok (pokok tu mak saya je, kalu rajin kita pun borak-borak dengan pokok tu). Err.. oh! kucing. kucing sangat comel. errr. ape tadi. oh! cat lover memang bercakap dengan kucing lah. tu je. ape lagi nak cakap? 

ini waktu diploma, bilik 24 jam. tu kutam yang comel. :9

3. Cakap Sorang-sorang
Oh! ini selalu sangat buat! dekat rumah ke khalayak ramai ke. dia macam best bila cakap sorang-sorang sebab macam tak perlu nak sakit hati dengan feedback orang sekeliling. cakap sorang tanya dah jawap sendiri! tak susah dah senang. hahaha! tak payah nak cakap cover-cover konon2nya nak jaga hati ke ape. tak payah. 

4. Lambai-Lambai dekat imaginary friend
Ye, salah satu hobi. kalau jalan-jalan suka sangat lambai takde sape pun dekat situ. kadang-kadang ada jugak orang dekat situ, kenal memang kenal, tapi orang tu tak perasan or malu ada orang gila lambai dekat dia, so dia buat bodo. Jadi, saya jadi orang gila lambai-lambai orang tak layan. hahaha! oh. tu dah biasa dan tak kesah dah pun. 

5. Gelak and senyum bila berjalan sorang-sorang
Ye, kalau saya jalan dekat mane-mane pun, tengok rumput pun boleh nak gelak. pijak lopak air pun nak gelak. tengok bangau pun nak gelak. tengok siput babi pun boleh gelak. bila berjalan ke kelas sorang-sorang banyak benda nak gelak. Kak Reen kata saya gelak macam hamster. Err.. Hamster gelak macam mane? Hamtaro?! 

6. High Imagination
Macam mana dengan high imagination, entah dari sape tah. tapi memang boleh nampak daun kering nampak macam lipas, benda tak bergerak pun nampak macam gerak contoh tunggul, simen dekat dinding nampak macam kucing =.='' benda ni macam tetiba pop-out dari minda! Macam-macam lah. rasanya kalau kawan-kawan ni catat ape yang kte pikir merepek-repek ni mesti dah penuh satu buku!~

diploma jugak. untuk presentation :) I wonder mane pergi baju ni. hmm :/

7. Highly Distracted - SANGAT!
Kalau kata budak-budak kecik senang distracted. oh! saya pun macam tu. Tak boleh duduk diam, kalau duduk dekat meja ni, even takde benda akan adakan benda. oh!! pelik pelik. kata nak amek benda lain, tetiba buat benda lain. sebab distracted. buahahaha! lagi distracted kalau lalu nampak ice cream. :9

8. DP huduh
Err.. baru-baru ada orang tu tegur, janganla bubuh DP huduh, sakit mata dia nak tgk. buahahaa! oh. kite rasa DP tu comel. and byk gambar macam tu dalam computer. Sebenarnya memang dah lama suka bubuh DP muka pelik-pelik. bak kata sorang member, "mane pegi DP halau hantu kau?" buahahaa! bongek. kenapa tetiba eja bongek. sebab takut salah eja bengong. hahahahaa!


Nak tau ape lagi? 

2 comments:

Ummul said...

i'm next to u in kutam's pic!

Fiqa said...

hahahaaa~ betul! :)