Saturday, April 7, 2012

Entry Cuti Mid-Sem di UUM #1

tetiba rasa nak buat journal as my memory and maybe kongsi dengan orang lain yang berminat :) 

hari ni hari kedua stay di UUM keseorangan. okey tak la sorang pun. just semua member pun balik. so kira sorang la. pergi beli makanan pun sorang. mari kongsi segala benda nak kongsi di entry ini :) mungkin lain kali perlu gambar. tunggu entry lepas ni lah.

Hari Khamis malam, kawan-kawan semua dah berangkat pulang ke rumah masing-masing. tukang hantar je la. bhahaaa. tapi terus terang takde perasaan sedih ke ape. takde perasaan pun. hmm.. ye saya alien. bhahaha! pastu, malam tu tak buat pape selain online dan kemas bilik. dah lama tak kemas almari tu. kesian. dah lipat tapi sumbat masuk je. sebab dah takde masa! kadang-kadang tak sempat pun nak lipat. (T_T) balik bilik untuk tdo je. ape pun tak sempat. kesian rumate. hehehee~

Hari Jumaat, bangun pagi, mandi. hari tu masih ada orang lain dekat floor sebab diaorg balik petang tu. mungkin takde ticket bas atau ada agenda lain. tak kesah pun. tengahari pergi beli makanan dekat MISC. lauk dia satu meja je. tapi sedap! selalunya 4 meja ye. bhahaha! pergi makan dekat bilik Kinat tunggu mel mel. tapi dia takde. haih~ lepas makan. start study.. sampai petang, teringat dekat mel mel. tapi petang tu hujan. pergi jugak tengok mel mel. ada dia tunggu depan pintu kinat. alah, sedihnya tengok dia. bagi dia makan. dia lapar. lepas tu ajak dia datang bilik dia tak nak. =.=' maklumlah dia dah kenyang. haih~ malam tu makan roti dengan sardin cili tomato. sedap! oh! malam tu takde lampu dekat koridor. tak keluar bilik. bhahaha! malam tu sambung study pastu tido.

Hari ni hari Sabtu. bangun pagi mandi. bukak lampu toilet dah macam rumah sendiri pulak =.=' tapi tak kesah. semalam dah bersihkan toilet sebab makcik cleaner cuti. lepas mandi, lipat baju yang basuh semalam. pastu pegi cari mel mel lagi. takde. =.='' pergi beli makanan, tunggu mel mel kat bilik kinat, pun takde. =.='' balik dari makan pegi sidai baju dekat ampaian. hey! ampaian kosong! weee! bhahahaa! sambung study. bila nak pergi amek baju petang tu, ada monyet dating pulak! diaorg datang attack. kacau diaorg dating lah tu. so.. errr.. masuk bilik balik. ikut jalan jauh sikit amek baju. pastu tulis entry ni. lepas tu nak sambung study "Applied Statistic"..


ok. petang tepat pukul 5 keluar bilik pergi bilik kinat nak bagi mel mel makan. dia takde. so jalan2 pegi blok A dan B. buat banci penduduk kucing dekat sana. tengok diaorg macam lapar. pergi bilik blok F. amek makanan kucing. bukak je pintu. mel mel pun muncul! bagi dia makan. kunci pintu dengan mel mel dalam bilik. pastu pergi bagi kucing makan. pastu lepak dengan mel mel. dia lapar betul. pastu dia tidur sebelah, saya main game. :D


pastu balik mandi. makan malam. menu sama macam dinner semalam. roti dan tuna cili tomato. dah nak abes. esok boleh dinner mushroom soup! rasanya kene diet gula! rasanya makan banyak sangat gula. :(


rasanya takde benda menarik akan berlaku. jadi PUBLISH!

No comments: