Friday, November 5, 2010

Abang Saya

Ok, Hari ni rasa macam nak buat karangan; Abang saya. XD

Tapi kalau dia baca or jumpa blog ni (maybe dia tau maybe tak tau. hmmm) matilah saya sebagai adik dia yang paling comel (mintak lalu lena dgn syadia, korang boleh cari gelaran lain. =P)... Abang saya bernama Fathullah Akmal bin Khalid. Ini bukan tujuan promosi tapi saya still rasa perlu update blog pasal abang saya yang comel dan handsome ni.

Kenapa saya rasa dia comel dan handsome? Banyak faktor-faktor yang menyumbang kepada poin ini.

PERTAMA; dia ada banyak duit dan senang untuk di-pau. Asal lapar je... "Abang!! Jom pegi makan" kalau agak-agak malas nak keluar; "Abang! Tolong belikan makan?? Fiqa lapar~" *smbil buat muka comel* Kalau teringin nak makan pape; "Abang! Jom pegi makan kat ___ "
nanti kalu dia rajin(yang selalunya dia rajin) dia akan kata "JJOOMM!! pegi siap"... weee~ Tapi kalau nak ada dalam situasi ini, kena pastikan parents takde kat rumah, entah kenapa dia akan jadi abang yang terbaik di dunia!

KEDUA; Cakap je lah ape² kat dia, dia mesti dengar. Membebel la pasal apa² pun dia mesti layan punye. Slalunya situasi ni berlaku dalam kereta; "Abang tau tak.. bla.. bla.. bla.. bla...*smpi 20mins* ha~~~" dia akan bagi respond yang secukupnya. Kalau tak puas hati; "tu je??!!! tu je??!!" *dengan muka benggang* hahahaa~


 Ni gambar lama. dekat mines.

KETIGA; dia kadang-kadang penyabar gak. Sebab hari tu kan baru dapat lesen, dia balik KL, lepas tu kata; "ABANG!! fiqa nak bawak kereta abang??" dia pun kasi, walaupun bawak kereta sangat teruk dia pun sabar je. =D Kan comel macam tu..

KEEMPAT; dia boleh masak!!! haritu, kita lapar, tapi kteorg berdua je kat rumah, dia masak "baked macaroni".. yum yumm... sedap!!! Lepas tu; kte tukang tengok je sambil makan keropok. En.Khalid pun balik dan makan; "Ni sapa masak ni?" En. Akmal; "Fiqah masak".. Kita? hanya mampu tersenyum. XD

KELIMA; abang kadang-kadang dengar cakap.. seperti; bila nak makan coklat dalam cupboard tu, fiqah kata "eh!! abang! diet lah. nak setengah, fiqa setengah =D" Dia pun terima je setengah coklat. XD Takpun, "Abang sikat rambut ke tak tu?" Abang; "Sikat lah!!!".. Nanti dia masuk rumah balik dia pun sikat. =D.. Contoh terbaik; Syadia (adik); abang syadia nak balik, amek!. Insyaallah dia amek. XD Lagi contoh; "Abang fiqa nak 5 ringgit, cepat la.. 5 ringgit!!" nanti dia pun bukak wallet, dapat 5 ringgit. weee~

Gambar hari raya, Abang kasi bawak kat highway. =D

Tu je kot yang dapat pikir, nak kena study nih! Abang saya comel dan handsome. Abang! Jangan marah!! Fiqa lagi comel dari Syadia! dan abang sayang fiqa lebih! =P. Pada abang-abang kat luar tu, suruh la adik-adik anda tulis blog post untuk kamu. XP oh. Kakak saya lawa, adik saya genius. Fiqa comel~ hahahahahaa~ Quote dari Muhammad Helmy (Nadah) "Eh!! akak kau lawa lah.. kirim salam kat dia..." hahaha!! 

Tapi abang jadi abang terbaik bila ada parents takde kat rumah je.. =( 
Susah nak korek rahsia dari abang dan abang kadang-kadang temper.

The things for sure; Family always accept you the way you are. Sebab saya mengada kat rumah! XD Semua orang layan~

ok2.. study.. Esok ada paper QMT425. GOOD LUCK RAKAN² SEMUA! Afiqah khalid dan rakan² insyaallah dapat A+.

2 comments:

fae said...

bestnye ade abg.. T_T

Fiqa said...

hheheee~
best jugak lah.. hahahaa~
tak semua abg best~ XD