Ini bukan tujuan promosi.
Slot kul 6 ni kalau 5 tahun yang lalu, mesti tengok cerita Hong Kong kat TV3 tak pun mana-mana stesen TV yang tidak berastro. Kenapa? Sebab dia, sebab tunggu parents balik dengan dinner sekali. Sementara tunggu tengok lah TV certia apa-apa yang menarik. Nampak gayanya, ni je cerita yang boleh tengok dan kadang-kadang tengok cerita kat NTV7 cerita Singapore tapi tak menarik sangat.
Macam biasa, asyik-asyik condemn cerita Melayu. :) bukannya apa, ok, pasal hero cerita dia perut BUNCIT tu dah boleh terima dah. Heroin dia lawa; tak kesah. Watak samping pun semuanya okay. Tapi satu je tak suka; KENAPA ASYIK-ASYIK PERGI JUMPA BOMOH? uuurrrggghhh!! benggang tau tak benggang! Bukan cerita hantu pun jumpa bomoh lagi. Kayalah bomoh kat Malaysia kalau macam tu. As far as I remember dulu-dulu takde la sampai macam ni. Sikit-sikit bomoh. haih~ sedih tau tak sedih!
Nanti kalau perempuan gila tengok cerita tu, nanti dia kaitkan diri sendiri dengan cerita tu lepas tu bomoh la dia. Tak sempat tengok kesudahan cerita pun dah pergi jumpa. Dah GILA sangat. Tapikan kalau bomohkan artist luar negara pun berkesan ke??! hahahahaa~
Cuba buat cerita "Budi bahasa budaya kita" hahahhaa~
Tapikan, perasan tak, pemuda pemudi zaman sekarang dalam lingkungan umur 21-35 masing-masing perut buncit. Hero-hero malaysia pun buncit. BUNCIT! BUNCIT!!
ok, post ini mungkin ada orang nak hentam. HENTAM! HENTAM di comment box. :D
dia alu-alukan. sila-sila... Jangan segan-segan.
No comments:
Post a Comment